Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Laluan dari arah utara dan selatan mulai sesak dengan keadaan trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan berikutan pertambahan kenderaan yang mahu pulang ke ibu kota.

Sehingga jam 6 petang tadi, sekurang-kurangnya 10 laluan menunjukkan aliran trafik bergerak perlahan membabitkan dari arah Gurun ke Sungai Petani, Seberang Jaya ke Prai, Taiping ke Bandar Baru, Bukit Merah ke Taiping, Changkat Jering ke Kuala Kangsar dan Kuala Kangsar ke Sungai Perak.

Turut sesak laluan dari arah Sungai Perak ke Simpang Pulai, Gopeng ke Slim River, Lembah Beringin ke Bukit Tegar dan Bukit Beruntung ke Rawang.

Selain itu, lorong kiri di Kilometer 259 menghala ke Kuala Lumpur berhampiran terowong Menora ditutup berikutan terdapat sebuah lori rosak dan kerja mengalihkan kenderaan itu giat dilakukan.

Sementara itu, laluan dari arah selatan pula sesak dari Kulai hingga Sedenak, Machap ke Yong Peng, Pagoh ke Ayer Keroh dan Simpang Empat ke Seremban.

Laluan dari arah timur pula merekodkan tiga laluan kenderaan bergerak perlahan iaitu dari Kuala Lumpur ke Karak, Plaza Tol Karak ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah ke Tol Gombak.

Setakat ini, hanya tol Gombak dan Karak mengalami kesesakan akibat pertambahan kenderaan manakala tol Sungai Besi serta Jalan Duta masih lancar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 7:03 PM
Kenderaan semakin bertambah di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Ayer Keroh berikutan berakhirnya cuti umum Tahun Baru Cina. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Kenderaan semakin bertambah di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Ayer Keroh berikutan berakhirnya cuti umum Tahun Baru Cina. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber