Jururawat, Normizana Zakaria ,39, (kiri) dan Norizan Junoh, 43,  mengharungi banjir baru-baru ini untuk memberi khidmat rawatan kepada penduduk. FOTO Ramli Ibrahim
Jururawat, Normizana Zakaria ,39, (kiri) dan Norizan Junoh, 43, mengharungi banjir baru-baru ini untuk memberi khidmat rawatan kepada penduduk. FOTO Ramli Ibrahim
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya selepas 35 mangsa terakhir dibenarkan pulang 5 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Zainuddin Hussin berkata, kesemua mangsa daripada lapan keluarga itu berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Madrasah Mesek, Kuala Krai.

Katanya, keadaan cuaca pada hari ini sangat baik.

"Bilik gerakan bencana APM Kelantan juga sudah ditutup," katanya di sini, hari ini.

Menurut portal eBanjir Kelantan, paras air sungai utama juga menunjukkan penurunan iaitu hanya Sungai Golok di Rantau Panjang yang melepasi paras bahaya dengan bacaan 9.26 meter (m).

Manakala, air sungai lain berada di paras berjaga-jaga dan normal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2017 @ 6:40 PM