Donald Trump menaiki pesawat Air Force One di Pangkalan Udara Andrews, Maryland, untuk ke Philadelphia, hari ini. - Foto  AFP
Donald Trump menaiki pesawat Air Force One di Pangkalan Udara Andrews, Maryland, untuk ke Philadelphia, hari ini. - Foto AFP
AP

Washington: Khamis (Jumaat di Malaysia) menjadi hari kelam-kabut dii Rumah Putih dengan kekeliruan bermula sejak pagi.

Presiden Donald Trump terlewat sejam meninggalkan Washington ke Philadelphia untuk menghadiri majlis perbincangan kongres Philadelphia.

Selepas itu, perjumpaan dengan seorang senator hilang daripada jadual presiden dan pegawainya juga membatalkan majlis menandatangani arahan eksekutif di Pejabat Oval.

Selepas itu, setiausaha akhbarnya menjelaskan Trump bermaksud tembok yang bakal dibina di sempadan Mexico akan dibayar melalui cukai 20 peratus yang dikenakan terhadap barangan Mexico.

Sebelum ini, media melaporkan Trump menyatakan Mexico perlu membiayai sepenuhnya kos pembinaan tembok itu demi kebaikan bersama.

.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2017 @ 6:46 PM