Jentera Alonso pada kelayakan Indianapolis 500.
Jentera Alonso pada kelayakan Indianapolis 500.
Agensi

FERNANDO Alonso menamatkan sesi latihan akhir sebelum perlumbaan kelayakan Indianapolis 500 di tempat ke-24 terpantas selepas mengharungi minggu yang sukar.

Juara dua kali Formula 1 (F1) bersama pasukan McLaren diletakkan khusus untuk perlumbaan tahun ini dan terpaksa bergelut pada pengalaman pertama dalam perlumbaan kelajuan tinggi oval.

Pemandu Sepanyol, Alonso, 37, gagal pada perlumbaan hari pertama apabila berdepan masalah elektrik, kemalangan pada hari kedua dan gagal memecut dengan kelajuan sepatutnya pada hari ketiga.

Dia mempunyai kesempatan untuk melakukannya pada latihan akhir namun dijangka berdepan cabaran besar sesi kelayakan pada Sabtu.

Dalam perlumbaan Indy yang berikan jolokan ‘tiada had kelajuan’ - tidak ada kenderaan yang mempunyai kelebihan antara kenderaan lain.

Alonso hanya 31 terpantas. Ada 33 tempat di kotak grid, dan 37 pelumba akan berusaha untuk layak berlumba di perlumbaan sebenar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 11:28 AM