Abu Samah (tengah) menunjukkan senjata yang digunakan penjenayah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. FOTO Roslin Mat Tahir
Abu Samah (tengah) menunjukkan senjata yang digunakan penjenayah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. FOTO Roslin Mat Tahir
Faliq Lajim


Shah Alam: Seorang ahli geng mamak maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bukit Cerakah, Puncak Alam, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.05 pagi itu, suspek berusia 53 tahun memandu Naza Citra dalam keadaan mencurigakan di kawasan Setia Alam.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abu Samah Mat berkata, ketika polis peronda cuba melakukan pemeriksaan terhadap kereta terbabit, pemandu terus memecut.

"Kenderaan itu bagaimanapun terbabas ketika dikejar polis," katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta polis.

"Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan untuk melindungi diri dan mengenai suspek," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2017 @ 12:05 PM