PENDUDUK kampung sekitar FELDA Bukit Cerakah membuat bantahan terhadap cadangan pembinaan Nirwana Memorial Park di kawasan Kampung Bukit Cerakah.
PENDUDUK kampung sekitar FELDA Bukit Cerakah membuat bantahan terhadap cadangan pembinaan Nirwana Memorial Park di kawasan Kampung Bukit Cerakah.
Siti Nor Amirah Abu Bakar

hmetroshahalam@hme

Shah Alam: “Majoriti penduduk di sini adalah Melayu Islam dan kami akan kumpul tandatangan sebagai bantahan terhadap projek kubur Cina ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Kampung Felda Bukit Cerakah, Mohd Razid Mohd Talib.

Menurutnya, penduduk kawasan itu membantah cadangan pembinaan kawasan perkuburan Cina di situ kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari.

“Hampir 99 peratus penduduk di sini orang Melayu dan jika ia diteruskan penduduk kawasan lain seperti Bukit Kapar, Bukit Kapar Tambahan, Bukit Kerayong, Kampung Bukit Hijau, Kampung Jaya, Puncak Alam dan Bandar Baru Puncak Alam akan menerima kesan,” katanya ketika mengadakan bantahan aman di sini, semalam.

Bantahan itu disertai kira-kira 200 penduduk Kampung Felda Bukit Cerakah dan mereka membawa sepanduk meminta pihak berkuasa campur tangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 10:39 AM