AZANAN Hassan, 61, berkayak untuk melihat kedai makan miliknya di tebing Sungai Berang, Hulu Terengganu yang ditenggelami air. FOTO Nazdy Harun
AZANAN Hassan, 61, berkayak untuk melihat kedai makan miliknya di tebing Sungai Berang, Hulu Terengganu yang ditenggelami air. FOTO Nazdy Harun
Baharom Bakar


Kuala Terengganu: Sebelas sekolah kebangsaan dan dua sekolah menengah di empat daerah di Terengganu masih tidak dapat meneruskan sesi persekolahan esok kerana terjejas dengan banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, 3,415 murid dan 379 guru di Setiu, Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman terjejas berikutan penutupan sekolah berkenaan.

Menurutnya, enam sekolah ditutup di Hulu Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kua, SK Bukit Tadok, SK Gentang, SK Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah.

"Tiga sekolah pula ditutup di Setiu akibat dinaiki air dan kerana terputus hubungan fizikal iaitu SK Kampung Besut, SK Kampung Bukit dan SK Sungai Las manakala tiga sekolah lagi adalah di Kemaman membabitkan SK RKT Seberang Tayor dan SK Seberang Tayor serta SK Pasir Gajah," katanya.

Shafruddin Ali berkata, hanya satu sekolah di Besut ditutup esok berikutan ia masih dijadikan pusat pemindahan iaitu SK Tembila.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 12:14 AM