Keadaan banjir di beberapa kawasan di Kuala Berang. FOTO Ghazali Kori
Keadaan banjir di beberapa kawasan di Kuala Berang. FOTO Ghazali Kori
Nurul Fatihah Sulaini


Permaisuri: Sebanyak 63 sekolah di Terengganu ditutup hari ini berikutan banjir yang melanda sejak semalam.

Pengarah Pendidikan Terengganu Shafruddin Ali Hussin berkata, jumlah itu membabitkan empat daerah iaitu Setiu, Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman.

"Di Setiu, terdapat 19 buah sekolah, Hulu Terengganu 24 buah sekolah, Besut 19 buah sekolah dan Kemaman sebuah sekolah," katanya yang ditemui di rumah rehat di sini hari ini.

Menurutnya, ia membabitkan 13 sekolah menengah dan 50 sekolah rendah.

"Seramai 16,938 murid dan pelajar serta 1,949 guru terbabit dalam penutupan sekolah ini.

"Banjir semakin teruk di Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

"Semua guru dan kakitangan sekolah yang terbabit dengan banjir diminta melaporkan diri di sekolah berdekatan," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 12:04 PM