Kanak- kanak di Kampung Batu 13, Hulu Besut, bermain air banjir yang melanda kampung mereka dan kanan, keadaan Sekolah kebangsaan Kampung Buluh, Setiu, yang ditenggelami air.  - Foto ROZAINAH ZAKARIA/ MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK

Pandangan dari udara keadaan banjir di Kampung Matang, Hulu Terengganu hari ini. - Foto Ihsan Pembaca, MOHD ABDUL JAMAL SAMSUDIN
Pandangan dari udara keadaan banjir di Kampung Matang, Hulu Terengganu hari ini. - Foto Ihsan Pembaca, MOHD ABDUL JAMAL SAMSUDIN
Nurul Fatihah Sulaini

Permaisuri: Sebanyak 23 sekolah di Terengganu ditutup esok membabitkan 5,246 murid dan pelajar serta 623 guru dan 153 staf sokongan berikutan banjir di negeri ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu Shafruddin Ali Hussin berkata, dua sekolah menengah dan 21 sekolah rendah ditutup di lima daerah iaitu Setiu, Besut, Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun.

“Di Setiu, tujuh sekolah ditutup manakala sembilan lagi sekolah di Hulu Terengganu.

"Selain itu, Dungun dan Besut masing-masing tiga sekolah manakala sebuah sekolah di Kemaman turut ditutup.

"Semua sekolah ini ditutup kerana ditenggelami air selain menjadi pusat pemindahan mangsa banjir atau laluan ke sekolah dinaiki air," katanya.

Hari ini, 63 sekolah di Terengganu, iaitu 13 sekolah menengah dan 50 sekolah rendah ditutup di empat daerah iaitu Setiu (19), Besut (19), Hulu Terengganu (24) dan Kemaman (1).

Setakat jam 6 petang hari ini, jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurang daripada 13,525 orang kepada 12,994 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 10:09 PM