SITI Badriah
SITI Badriah
Agensi

Jakarta: Penyanyi dangdut Indonesia, Siti Badriah tidak kisah untuk melakukan pembedahan plastik pada wajah sekiranya dia benar-benar perlu berbuat demikian.

Penyanyi yang popular dengan lagu Lagi Syantik itu berkata, buat masa ini dia belum terdetik melakukan pembedahan pada wajahnya.

"Buat masa sekarang saya masih belum mahu melakukan pembedahan pada wajah. Tapi, jika perlu dibuat, kenapa tidak?" katanya.

Menurut Badriah, antara faktor dia bakal membuat keputusan itu nanti adalah untuk memastikan wajahnya kekal muda.

"Kalau sudah berumur dan kulit menjadi semakin berkedut, mungkin dengan cara pembedahan boleh menyelamatkan kulit wajah saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2021 @ 3:28 PM