SAMBIL menghisap rokok, seorang pekerja menguruskan timbunan bangkai ular dan kulitnya.
SAMBIL menghisap rokok, seorang pekerja menguruskan timbunan bangkai ular dan kulitnya.
PROSES menyiat kulit ular daripada badannya dilakukan dengan tangan.
PROSES menyiat kulit ular daripada badannya dilakukan dengan tangan.
DAGING ular juga dijual kepada pihak tertentu.
DAGING ular juga dijual kepada pihak tertentu.
DUA pekerja menunjukkan kulit ular yang sudah dikeringkan.
DUA pekerja menunjukkan kulit ular yang sudah dikeringkan.

DI sebuah kilang di Kapetakan, sebuah bandar kecil di Pulau Jawa, Indonesia, bangkai ribuan ular dilonggokkan di lantai.

Di sinilah ular dibunuh untuk memenuhi minat masyarakat Barat terhadap beg tangan dan kasut daripada kulit reptilia itu.

Jumlah ular yang menjalani proses itu bukan sedikit.

Jika dikira mengikut panjang kulit ular itu, ia mencecah ratusan meter dan dijual kepada kilang beg di Jawa Barat dan Tengah setiap bulan.

Terdapat beberapa cara ular itu dibunuh dan kulitnya disiat.

Satu cara, seperti diperkatakan ramai ialah melakukannya dengan kejam.

Kepala ular itu diketuk dengan belakang parang dan getah paip dimasukkan secara paksa melalui mulutnya.

Kemudian air dimasukkan untuk menggelembungkan haiwan itu seperti belon. Ia dibiarkan selama 10 minit atau lebih. Tali kulit diikat pada lehernya bagi menghalang air berkenaan keluar.

Kepala ular itu akan dicangkuk dan digantung. Ia akan membuatkan kulit ular itu lekang daripada badannya dan membolehkan ia disiat dengan mudah-semudah mencabut sarung getah dari tangan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 5:01 AM