Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Petaling Jaya kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Sumber berkata, lelaki berusia 58 tahun dan berpangkat Datuk itu ditahan di kediamannya di Tropica Indah, Petaling Jaya.

Difahamkan, dia ditahan kerana menyalahguna kuasa serta aktiviti rasuah berkaitan satu projek ePassport yang dijalankan di sebuah negara di benua Afrika.

Susulan daripada penahanan itu juga, seorang pengurus pemasaran antarabangsa syarikat berkenaan berusia 36 tahun turut ditahan di rumahnya di Taman Desa, Jalan Klang Lama.

Kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam aktiviti itu sejak 2013 hingga 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 3:02 PM