GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur : Ketua Setiausaha sebuah kementerian bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 8 pagi tadi di USJ Subang Jaya.

Sumber berkata, pegawai berkenaan ditahan kerana dipercayai menyalahguna kuasa dan jawatannya sejak 2010 untuk perkara membabitkan keuntungan melalui rasuah.

Suspek berusia 59 tahun itu ditahan di rumahnya di Subang Jaya dalam satu operasi yang bermula pagi tadi.

Difahamkan, pihak SPRM masih menjalankan pencarian di rumah suspek dan beberapa lokasi lain.

SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi kira - kira jam 5 petang nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 5:27 PM