MOHD Omar Sullahaji. FOTO Erdiehazzuan Ab Wahid
MOHD Omar Sullahaji. FOTO Erdiehazzuan Ab Wahid
Norasikin Daineh dan Erdiehazzuan Ab Wahid

Papar: Demi menyambung legasi bapanya yang juga imam masjid di Labuan, Mohd Omar Sullahaji sanggup berjauhan dengan keluarganya untuk masuk ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut sebelum mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016.

Mohd Omar yang mendapat semua mumtaz dalam 10 mata pelajaran nekad memenuhi azam bapanya yang mahu dia menyambung pengajian di Mesir selepas mendapat keputusan itu.

"Sebelum ini saya bersekolah di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) Labuan dan terpaksa menyambung persekolahan di sini untuk menduduki peperiksaan STAM.

"Alhamdulillah, hasil usaha saya akhirnya berjaya memenuhi hasrat bapa untuk mendapat keputusan cemerlang dan InsyaAllah dapat menyambung pelajaran ke Mesir dalam bidang syariah," katanya ketika ditemui selepas mengambil slip keputusan STAM di sekolah berkenaan.

Menurutnya dia sudah memaklumkan keluarganya di Labuan mengenai keputusannya itu, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 12:11 PM