Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Penerbit, pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac, 46, pagi tadi menerusi laman Instagramnya berkongsi gambar menunjukkan dia sedang menjalani rawatan menggunakan mesin pengimbas Imej Resonan Magnetik (MRI).

Hans ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu dan hanya memaklumkan ia berkaitan kecederaan pada tangannya.

"Ia hanyalah kecederaan di bahagian tangan. Imbasan MRI itu adalah untuk mencari punca masalah kecederaan itu," katanya kepada Harian Metro.

Kata Hans, tangannya terasa sakit sejak beberapa bulan lalu dan ada kaitan dengan latihan sukan .

"Sakit ini berpunca daripada latihan kecergasan di gimnasium dan latihan golf,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 2:32 PM