Jakarta : Pencarian QZ8501 AirAsia Indonesia disambung, pagi ini, dengan pencarian pencarian dilakukan secara besar-besaran di kawasan lebih luas yang turut membabitkan kapal dan pesawat negara jiran.

Selain tiga cabang Tentera Nasional Indonesia (TNI), pencarian akan dibantu aset tentera dari Malaysia dan Singapura yang masing-masing menghantar tiga kapal perang.

"Kita (TNI AL) memulakan pencarian 6 pagi (waktu tempatan) dan mendapat bantuan daripada Malaysia dan Singapura yang masing-masing menghantar tiga kapal perang," kata Komandan Pusat Penerbangan Angkatan Laut (Danpuspenerbal) Laksamana Pertama, Sigit Setiyanta,

Sigit berkata, beliau sudah mendapat keizinan daripada Panglima TNI agar operasi pencarian membabitkan penggabungan dengan aset negara jiran.

TNI AL akan mengerahkan 12 kapal, tiga pesawat dan tiga helikopter yang sebahagiannya sudah berada di lokasi kemungkinan pesawat itu berada. Detik.com

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 10:37 AM