Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

Kuantan: Mangsa banjir di Pahang menunjukkan penurunan kepada 31,669 orang daripada 7,970 keluarga, sehingga kira-kira 6 petang ini, berbanding 33,601 orang daripada 8,228 keluarga, 8 pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, berkata semua 10 pusat pemindahan banjir di daerah Raub membabitkan 453 orang membabitkan 135 keluarga sudah ditutup sepenuhnya.

Sehingga ini, katanya, lapan daerah di seluruh Pahang masih terjejas banjir dengan 256 pusat pemindahan masih dibuka manakala Temerloh mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 6,965 orang.

Sementara itu, katanya, lebih 40 laluan utama ditutup kepada semua kenderaan antaranya Kilometer 13, Jalan Jerantut-Kuala Lipis, Kilometer 86 Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Kilometer 86 Jalan Kuala Lipis-Merapoh.

Sementara itu, Kilometer 126 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di kedua-dua arah berhampiran susur masuk tol Temerloh masih ditutup kepada semua kenderaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 8:41 PM