SAMPAH dan perkakasan rumah yang rosak akibat banjir dikumpulkan oleh penduduk di hadapan rumah semasa tinjauan di Taman Seri Damai Perdana, Kuantan, semalam. FOTO BERNAMA
SAMPAH dan perkakasan rumah yang rosak akibat banjir dikumpulkan oleh penduduk di hadapan rumah semasa tinjauan di Taman Seri Damai Perdana, Kuantan, semalam. FOTO BERNAMA
Asrol Awang


Kuantan: Seramai 12,005 mangsa banjir daripada 3,789 keluarga masih berada di 89 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini sehingga 8 pagi, hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu 16,579 orang daripada 5,073 keluarga yang ditempatkan di 119 PPS.

Katanya, enam daerah terbabit, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan, Kuantan dan Maran.

"Sebanyak sembilan jalan ditutup membabitkan lapan daerah di negeri ini iaitu Jalan Kuantan-Segamat, Pekan; Jalan Southern Loop, Bentong dan Jalan Kuala Lipis- Jerantut, Jerantut.

"Turut ditutup ialah Jalan Kuala Lumpur– Kuantan, Maran; Jalan Ulu Dong, Raub; Jalan Temerloh–Jerantut dan Jalan Paya Luas – Perlok di Temerloh; Jalan Sungai Lembing, Kuantan dan Jalan Bentong- Gua Musang, Lipis," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 20 kes kematian akibat banjir direkodkan di Pahang setakat ini iaitu 11 di Bentong, Temerloh (empat), masing-masing dua di Kuantan dan Raub serta satu lagi di Pekan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Disember 2021 @ 9:09 AM