MITTU menerima anugerah yang berlangsung di New Delhi, kelmarin.
MITTU menerima anugerah yang berlangsung di New Delhi, kelmarin.

Kuala Lumpur: AirAsia sekali lagi menyandang anugerah berprestij 'Asia's Leading Low Cost Airline' untuk tahun ketiga berturut-turut pada majlis Gala World Travel Awards (Asia & Australasia) 2014.

Kumpulan AirAsia diwakili Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India Mittu Chandilya bagi menerima anugerah yang berlangsung di New Delhi, India, kelmarin.

AirAsia menerima undian tertinggi daripada golongan profesional industri pelancongan di rantau ini, mendahului calon dalam kategori sama seperti Air India Express, Firefly, Go Air, JetKonnect, Jetstar Airways dan Nok Air.

Syarikat penerbangan itu turut tercalon bagi kategori Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia bagi tahun kedua berturut-turut pada majlis anugerah World Travel Awards 2014 yang akan diadakan pada November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, pihaknya berbangga dapat mengekalkan kedudukan teratas dalam kategori ini sejak pengenalannya pada tahun 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:14 AM