MAZIYATON (kiri) kumpul 70 mata untuk ungguli Terbuka Wanita.
MAZIYATON (kiri) kumpul 70 mata untuk ungguli Terbuka Wanita.

Kuala Kubu Bharu: Nor Azian Alias membuat kejutan apabila muncul juara sirkit akhir HMMTBGP kategori Terbuka Wanita menewaskan pelumba kebangsaan Maziyaton Mohd Radzi yang mengalami kekejangan otot pada tiga kilometer terakhir perlumbaan, semalam.

Kekejangan otot Maziyaton menyebabkan dia terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ketiga apabila turut dipintas Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad.

Bagaimanapun, kelebihan mata masih memihak pada Maziyaton yang mengumpul 70 mata sekaligus melayakkan dirinya muncul juara keseluruhan.

Maziyaton yang ditemui mengakui kekejangan otot berlaku akibat kesilapan dirinya apabila menolak basikal sambil berlari ketika melalui cabaran berbukit.

“Saya memang kecewa kerana sudah mendahului perlumbaan sehingga tiga kilometer terakhir. Tapi kerana terlalu ingin menjarakkan diri, saya ambil keputusan silap dengan berlari dan bukan menolak dengan berjalan.

“Biarpun menang secara keseluruhan, bagi saya ia satu kerugian kerana terlepas kedua-dua gelaran sirkit dan keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, Nor Azian gembira apabila berjaya memperbaiki ranking daripada kedudukan ketiga kepada kedua.

Katanya, dia memang pada awalnya tidak membuat sasaran untuk menang tempat pertama pada sirkit akhir tetapi kecederaan Maziyaton memberi terbuka kepadanya.

“Saya memang tak sasar tempat pertama tetapi syukur pada sirkit ini saya berpeluang menang.

“Biaprpun gembira, tapi bagi saya ia bukan satu kemegahan kerana ia hanya kesilapan teknikal pelumba lain yang memberikan saya kelebihan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:14 AM