Oleh Dr Ismail Thamby

Segelintir lelaki yang menjalani pembedahan pintasan salur darah koronari akan mendapati mereka hilang kemampuan seksual sebaik selesai pembedahan. Walhal sebelum pembedahan, mereka mampu melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.

Kebiasaannya, ia berlaku akibat kesan 'rehat' iaitu waktu menunggu pembedahan pulih dan sembuh yang biasanya memakan masa.

Ada lelaki yang menjalani pembedahan jantung dan kembali pulih dengan cepat dan dapat mencapai ereksi secara spontan.

Biasanya mereka yang menjalani pembedahan jantung akan rasa lemah dari segi nafsu dan kemampuan syahwat.

Jika masalah lemah syahwat berlaku dan mengikut nasihat doktor pakar jantung, anda boleh mengambil ubat seperti Viagra, Cialis, Levitra atau ubat PDE5 inhibitor. Ubat ini membantu melancarkan kemasukan darah ke otot zakar supaya ia mampu ereksi.

Bagaimanapun, jika tidak disyorkan oleh doktor, cuba kaedah lain seperti menggunakan alat pam vakum (medical standard device) atau kaedah penyuntikan ubat pengembang salur darah ke dalam otot zakar iaitu 'Caverject'.

Selain itu, jumpa doktor pakar dalam pengurusan disfungsi erektil (DE ).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:06 AM