SAMSUNG Galaxy A
SAMSUNG Galaxy A
Afiq Hanif


Samsung bakal memperkenalkan siri baru Galaxy A (2017) bermula esok yang menampilkan kelainan berbanding model sama tahun lalu apabila ia lengkap ciri IP68 bermakna telefon anda bakal kalis air dan debu.

Selain itu, Galaxy A (2017) mempunyai keupayaan merakam pada pencahayaan rendah dengan ciri swafoto (selfie) lebih terperinci terutama pada waktu malam.

Samsung juga memperkemas kualiti video yang membolehkan individu berminat melakukan penampilan khas dalam Facebook menjadi lebih cantik.

INFO

SAMSUNG GALAXY A (2017)

• MODEL: A5 dan A7

• HARGA: RM1,699 / RM1,899

• CIRI: Kalis air dan debu IP68

• PERCUMA: Fon kepala Samsung Level U Pro (RM399)

• TARIKH TEMPAHAN: 6 Januari (10 pagi) hingga 15 Januari

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 11:36 AM