Oleh Rudy Imran Shamsudin

Hampir 10 tahun Marsha Milan Londoh, 29, bergelar artis. Bakatnya dicungkil menerusi program Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) pada 2005 dan mula mencipta nama menerusi lagu Untuk Terakhir Kali.

Entah mana silapnya, dalam mengharungi hidup sebagai anak seni, Marsha lebih dikenali sebagai pelakon dan pengacara.

Melihat profil bintang dilahirkan di Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat (AS) ini, dalam tempoh itu dia membintangi tujuh filem, hampir 30 telefilem dan 20 drama bersiri.

Kerjaya nyanyian solonya pula dilihat kurang menonjol, bintang berasal dari Tamparuli, Sabah ini lebih diingati sebagai rakan duet atau kolaborasi bersama penyanyi popular lain.

Contohnya, penampilan bersama Ajai menerusi lagu Sayang, kemudian bersama pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila menerusi single Selalu Milikmu.

Terbaru, Marsha tampil duet bersama bekas penyanyi utama kumpulan Umbrella, Zarul menerusi Satu Rasa yang turut mendapat pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM21), baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:03 AM