Wang Zhengze yang baru dilahirkan memegang topeng oksigen
Wang Zhengze yang baru dilahirkan memegang topeng oksigen
People's Daily dan China

Gambar bayi baru lahir memegang topeng oksigen menjadi tular di China beberapa hari lalu dengan ramai netizen tersentuh hati melihatnya.

Ada netizen menjadikannya sebagai inspirasi betapa bayi itu walaupun baru lahir menunjukkan sikap bersungguh-sungguh, justeru tiada alasan bagi golongan dewasa menjadi malas.

Bayi itu dilaporkan dinamakan sebagai Wang Zhengze, lahir beberapa minggu lebih awal pada 30 Disember tahun lalu.

Doktor terpaksa menggunakan topeng oksigen bagi mengelakkan bayi itu mengalami masalah paru-paru.

Apa yang mengejutkan, bayi itu memegang topeng oksigen berkenaan yang disifatkan doktor yang merawatnya sebagai jarang berlaku.

Bagaimanapun, laporan berkenaan tidak menyebut di hospital di daerah mana ia berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 12:45 AM