LI  menyusukan bayi yang kelaparan ketika pembedahan.
LI menyusukan bayi yang kelaparan ketika pembedahan.

Shenzhen (China): Tindakan seorang jururawat menyusukan bayi yang kelaparan ketika pembedahan di sebuah hospital di sini mendapat pujian pengguna laman sosial di China.

Gambar Li Baoxia yang menyusu badan bayi berusia sebulan itu viral di Internet dan menyentuh hati sesiapa yang melihatnya.

Bayi itu dilaporkan menangis dan kerap bergerak ketika menjalani satu pembedahan di kepalanya di sebuah hospital di sini.

Keadaan itu menyebabkan doktor sukar melakukan pembedahan kerana boleh membahayakan nyawa bayi berkenaan.

Li yang membantu doktor sepanjang pembedahan kemudian mendukung bayi itu dan terus menyusukannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2015 @ 5:23 AM