Fattah Amin. FOTO Nizar Hafiz Mustafa
Fattah Amin. FOTO Nizar Hafiz Mustafa
Sudirman Mohd Tahir


Andai ditanya siapa pelakon lelaki paling popular sepanjang 2016, pasti ramai menjawab, Fattah Amin.

Tidak dinafikan watak Kapten Ejaz menerusi drama Suri Hati Mr Pilot yang ditayangkan di Astro Ria, baru-baru ini memberi impak luar biasa dalam diri dan kerjaya Fattah.

Perkara itu terbukti apabila nama Fattah antara carian tertinggi di Internet selain pasangannya dalam drama itu, Neelofa.

Bagaimanapun, seiring dengan populariti yang diraih Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 26, dia juga tidak lari daripada ditujah kontroversi.

Sebelum itu, Fattah mengejutkan banyak pihak apabila mengesahkan dia dan dramatis Sherry Ibrahim putus cinta selepas dua tahun bersama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 6:32 AM