Senjata digunakan penyamun. FOTO ihsan PDRM
Senjata digunakan penyamun. FOTO ihsan PDRM
Azma Razana Johari

 

Bukit Mertajam: Dua lelaki ditahan orang ramai selepas menyamun pekerja warga asing di sebuah rumah di Taman Perwira, Bukit Tengah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, suspek ditahan oleh penduduk taman berkenaan yang terdengar bunyi bising di rumah sewa didiami mangsa.

Difahamkan, kedua-dua suspek berkenaan bersenjatakan pisau pemotong daging dan tukul selain menyamar sebagai polis ketika datang ke rumah itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek datang dengan menunggang motosikal sebelum memperkenalkan diri sebagai polis.

"Suspek mengambil alat pengecas telefon bimbit dan jam tangan milik mangsa sebelum berlaku pergelutan di dalam rumah.

"Jiran yang terdengar bunyi bising di rumah berkenaan menyedari kejadian sebelum menahan suspek ," katanya.

 

Habis

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 10:12 AM