MODEL TV Samsung QLED resolusi 8K.
MODEL TV Samsung QLED resolusi 8K.
Muhammad Saufi Hassan

PENGELUAR barangan elektronik terkemuka, Samsung melancarkan siri televisyen beresolusi 8K dan dilengkapi paparan Quantum Dot yang memberikan imej gambar lebih jelas.

Menerusi pelancaran Samsung QLED 8K, ia membariskan beberapa siri pelbagai saiz yang menggunakan pemproses Quantum untuk menghasilkan imej serta video lebih sempurna.

Model terbaharu itu membabitkan 8K Q950R yang berukuran 65 hingga 98 inci dan model 4K Q90R, Q85R, Q80R, Q70R dan Q60R bermula 43 hingga 82 inci.

Secara keseluruhannya, Samsung memperkenalkan TV QLED lebih 20 model dan semua model itu dijangka dipasarkan April ini.

Pemproses itu dilengkapi kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan penyempurnaan video secara automatik tanpa memerlukan pengguna melakukan pengubahsuaian sistem aturan.

Ia juga mampu mempelajari pelbagai imej beresolusi rendah namun meningkatkan kualiti video berkenaan kepada lebih baik.

Secara tidak langsung, pemproses berkenaan menyelesaikan masalah bagi resolusi 8K sebelum ini berhubung kualiti video beresolusi rendah.

Semua TV keluaran Samsung itu akan dilengkapi dengan teknologi HDR10+ dan menyokong sambungan HDMI 2.1 iaitu 8K pada 60 bingkas sesaat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2019 @ 1:49 PM