KLOPP dalam dilema pilih pemain untuk aksi menentang Everton. FOTO/AFP
KLOPP dalam dilema pilih pemain untuk aksi menentang Everton. FOTO/AFP
AFP

LIVERPOOL: Kemenangan meyakinkan Liverpool ke atas Manchester City dalam Liga Juara-Juara mungkin melebihi jangkaan Jurgen Klopp, namun ia memberikan dilema menjelang pertemuan tetangga Merseyside bertemu Everton, esok.

Pertemuan itu hadir tiga hari sebelum pusingan kedua suku akhir menentang City, dengan mereka akan membawa kelebihan 3-0 dan menjadi pasukan pilihan untuk mara ke kelompok empat terbaik buat pertama kali sejak 2008.

Dengan Real Madrid, Barcelona dan Bayern Munich dijangka akan mengisi tempat ke separuh akhir selepas saingan pusingan pertama, Klopp sedar pasukannya bukanlah pilihan untuk memenangi trofi berkenaan.

Ia bermakna, jika pasukannya mahu berada dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan, harapan terbaik mereka ialah berkedudukan empat terbaik Liga Perdana.

Dan walaupun berada di kedudukan terbaik liga, ia tidak bermakna mereka sudah selesa ketika berkunjung ke Goodison Park.

Selain daripada itu, penyokong mereka pasti tidak mahu bertoleransi.

Klopp bagaimanapun tidak gembira dengan jadual berkenaan dan merasakan keputusan baik mereka di Eropah boleh berdepan masalah.

“Berada dalam saingan antarabangsa sepatutnya tidak memberi masalah buat anda,” kata pengendali berusia 50 tahun dari Jerman itu.

“Ia sepatutnya sesuatu yang bagus, dan tidak memberikan anda masalah.

“Kami kini ada masalah untuk mencari pemain bagi perlawanan Sabtu dan semua orang memberitahu kami ia adalah perlawanan paling penting tahun ini, dan ia agak sukar.

“Saya tidak begitu gembira pada ketika ini, saya amat marah dengan beberapa orang yang membuat keputusan dalam liga ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 April 2018 @ 11:48 AM