SCOTT SINCLAIR
SCOTT SINCLAIR
WRIGHT-PHILLIPS
WRIGHT-PHILLIPS
ANDERSON
ANDERSON
NASTASIC
NASTASIC
FERDINAND
FERDINAND

Sewaktu bintang Liga Perdana Inggeris lain mengecap populariti di kelab masing-masing, kehadiran mereka langsung tidak diendahkan pengurus, biarpun gaji diterima mereka boleh dianggap tinggi.

* SCOTT SINCLAIR (Manchester City)

-Penampilan EPL musim 2014-15: 1

-Anggaran gaji: £45,000 (RM244,619) seminggu

Sinclair beraksi pada perlawanan Perisai Komuniti dan sewaktu menewaskan Sheffield Wednesday 7-0 pada perlawanan Piala Liga, tetapi sebagai pemain gantian saat akhir, seperti juga ketika menentang Crystal Palace.

Sejak menyertai City pada 2012, pemain sayap itu hanya beraksi 18 kali. Malah ketika dipinjamkan di West Brom musim lalu, dia hanya diturunkan untuk 11 perlawanan.

* RIO FERDINAND (QPR)

-Penampilan EPL musim 2014-15: 7

-Anggaran gaji: £40,000 (RM217,185) seminggu

Ferdinand kembali bersatu dengan pengurus lamanya, Harry Redknapp namun suasana gembira tidak kekal lama. Dia bermula sebagai bek tengah QPR, namun atas sebab beberapa kesilapan, dia dipinggirkan. Penampilan terakhirnya adalah ketika pasukannya tewas 0-2 kepada West Ham Oktober lalu dan sejak itu terpaksa berpuas hati memanaskan bangku simpanan.

* MATIJA NASTASIC (Manchester City)

-Penampilan EPL musim 2014-15: 0

-Anggaran gaji: £75,000 (RM406,955) seminggu

Pemain Serbia ini begitu berguna ketika zaman Roberto Mancini, apabila menjadi gandingan berpotensi Vincent Kompany tetapi pada era Manuel Pellegrini, dia langsung tidak dipandang.

Selepas diberitahu dia boleh meninggalkan kelab itu pada musim panas, Nastasic hanya beraksi dalam Perisai Komuniti tetapi tidak pernah diturunkan selepas itu, malah Pellegrini jarang sekali menyebut namanya.

* ANDERSON (Manchester United)

-Penampilan EPL musim 2014-15: 1

-Anggaran gaji: £60,000 (RM325,613) seminggu

Anderson tidak pernah mencapai prestasi diharapkan di United dan seperti juga David Moyes, Louis van Gaal juga mempunyai pandangan sama mengenainya.

Moyes meminjamkannya ke Fiorentina musim lalu dan sejak kembali, pemain Brazil itu hanya beraksi dua kali, iaitu ketika mereka kalah 0-4 kepada MK Dons pada Piala Liga dan seri tanpa jaringan dengan Burnley.

* SHAUN WRIGHT- PHILLIPS (QPR)

-Penampilan EPL musim 2014-15: 0

-Anggaran gaji: £70,000 (RM380,365) seminggu

Pemain tengah itu masih belum membuat penampilan di EPL sepanjang musim ini. Wright-Phillips berada di bangku simpanan empat kali tetapi sering diketepikan daripada skuad Harry Redknapp.

Satu-satunya perlawanan disertainya ketika pasukannya tewas kepada Burton, 0-1 pada saingan Piala Liga, Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Disember 2014 @ 3:08 AM