Tevez melambai tangan kepada penyokong Boca. FOTO AGENSI
Tevez melambai tangan kepada penyokong Boca. FOTO AGENSI
Daily Mail

Buenos Aires: Carlos Tevez ucap selamat tinggal penuh emosi kepada Boca Juniors untuk beraksi dalam Liga Super China musim depan dengan gaji sebanyak £615,000 (RM3.4 juta) seminggu.

Penyerang Argentina itu menyertai Shanghai Shenhua dengan tawaran gaji mega biarpun penyokong Boca Juniors merayu agar wira mereka terus beraksi bersama kelab itu.

Gaji mingguan diterimanya mengatasi beberapa pemain ternama seperti Oscar (Shanghai SIPG), Cristiano Ronaldo (Real Madrid) dan Lionel Messi (Barca).

Pemain berusia 32 tahun itu pernah bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama West Ham, Manchester United dan Manchester City.

Dia meraikan majlis perpisahannya dengan kelab serta penyokongnya selepas membantu Boca mengatasi Colon 4-1 di La Bombonera, semalam.

Senarai pemain bola sepak menerima gaji tertinggi di dunia:

1) Carlos Tevez (Shanghai Shenhua) £615,000 seminggu £31.98j setahun

2) Oscar (Shanghai SIPG) £400,000 seminggu £20.8j setahun

3=) Cristiano Ronaldo (Real Madrid) £365,000 seminggu £19j setahun

3=) Lionel Messi (Barcelona) £365,000 seminggu £19j setahun

5) Gareth Bale (Real Madrid) £346,000 seminggu £18j setahun

6) Hulk (Shanghai SIPG) £317,000 seminggu £16.5j setahun

7) Paul Pogba (Manchester United) £290,000 seminggu £15j setahun

8) Neymar (Barcelona) £289,000 seminggu £15j setahun

9=) Graziano Pelle (Shandong Luneng) £260,000 seminggu £13.5j setahun

9=) Wayne Rooney (Manchester United) £260,000 seminggu £13.5j setahun

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2016 @ 8:58 PM