Mangsa yang cedera di kepala, dirawat di HTJ. - Foto ihsan Pembaca
Mangsa yang cedera di kepala, dirawat di HTJ. - Foto ihsan Pembaca
Raja Noraina Raja Rahim


Seremban: Seorang wanita cedera diserang empat lelaki bersenjata parang yang melarikan rantai emas miliknya ketika mangsa berada di luar rumah di Rumah Rakyat Sikamat, hari ini.

Dalam kejadian 10.50 pagi itu, mangsa berusia 66 tahun berada di luar rumah apabila empat lelaki menunggang dua motosikal, berhenti dan menyerangnya.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, seorang suspek menarik rantai emas dipakai mangsa dan melarikan diri.

"Jiran mangsa yang melihat kejadian membantunya sebelum menghubungi polis.

“Mangsa dirawat sebagai sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutya, polis sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 8:30 PM