Suspek kes samun melarikan diri dari lokap Kompleks Mahkamah Seremban, pagi tadi.
Suspek kes samun melarikan diri dari lokap Kompleks Mahkamah Seremban, pagi tadi.
Raja Noraina Raja Rahim


Seremban: Seorang suspek kes samun melarikan diri dari lokap Kompleks Mahkamah Seremban di sini, pagi tadi.

Sumber berkata, P Devaraajan, 29, disedari hilang oleh anggota polis pengiring ketika mahu membawa suspek ke penjara selepas sebutan kesnya selesai, kira-kira jam 10 pagi.

Menurutnya, suspek sebelum itu dibawa anggota polis pengiring terbabit dari lokap Balai Polis Sikamat, di sini, ke mahkamah berkenaan untuk sebutan kes samun.

Bagaimanapun, katanya, suspek dipercayai bertindak melarikan diri ketika diletakkan di lokap mahkamah sementara menunggu untuk dibawa ke penjara.

Katanya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2017 @ 11:52 PM