SURAYATI menunjukkan gambar Azizi.  FOTO Nazri Abu Bakar
SURAYATI menunjukkan gambar Azizi. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar


Melaka: Memulakan kayuhan beca bagi membawa pelancong mengelilingi bandar Melaka saat paling menyedihkan bagi Surayati Ismail, 47, kerana dia akan terkenang arwah anak ketiganya yang meninggal dunia dalam kemalangan empat bulan lalu.

Dalam kejadian lima hari sebelum Aidilfitri, anak lelakinya, Azizi Abdullah, 18, yang mengayuh beca pulang ke rumah meninggal dunia selepas dilanggar kereta di Taman Cempaka, Peringgit.

Surayati yang juga antara pengayuh beca wanita di negeri ini berkata, mungkin kerana terlalu rindukan arwah, dia kerap terbayang kelibat Azizi mengayuh beca di sekitar bandar raya ini.

“Akibat kejadian itu, dua bulan saya tidak kayuh beca, namun kerana mahu cari rezeki saya teruskan juga.

“Namun, saya reda dengan apa yang berlaku, beca arwah yang rosak teruk siap dibaiki. Upah baik pulih RM1,600 juga dibayar, tetapi sampai sekarang saya masih tidak sanggup melihat beca itu,” katanya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 8:18 AM