Oleh Syah Rul Aswari Abdullah


Kuantan: Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan bot bomba akan digunakan bagi menyelamatkan kira-kira 120 pelancong dan kakitangan Mutiara Resort Taman Negara, Jerantut yang terperangkap akibat banjir.

Jurucakap bomba berkata, ia dijangka dimulakan 8.30 pagi ini tetapi bergantung kepada keadaan cuaca.

"Mangsa terdiri daripada 102 pelancong dan bakinya kakitangan akan dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) SK Kuala Tahan sebelum diterbangkan ke Hospital Jerantut untuk pemeriksaan kesihatan.

Semalam, semua mangsa terperangkap selepas resort dan kawasan sekitar termasuk jeti Kuala Tahan dinaiki air sehingga 1 meter menyebabkan mereka terkandas.

Pelancong termasuk dari Belanda; United Kingdom; Perancis; Sweeden; Australia; Emiriah Arab Bersatu; Kanada; Rania; Belgium; Jerman; Norway dan Republik Czech.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 9:50 AM