FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian
FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian
Muhammad Zulsyamini Sufian


Ipoh: Dua ratus lima puluh penunggang berbaris panjang mendapatkan RON95 percuma, hari ini.

Petrol percuma itu disumbangkan ahli perniagaan di stesen minyak, di Tambun, di sini, pada 8.30 pagi.

Ahli perniagaan yang enggan namanya dikenali itu memperuntukkan RM1,000 kepada 250 motosikal bawah 110 cc dengan kadar RM4 bagi seorang.

Pengurus stesen minyak, Shanice Low, 42, berkata, orang ramai mula beratur bagi mendapatkan kupon, seawal 8 pagi.

Sementara itu, penunggang, Muhamad Azlan Ahmad Zambri, 28, berkata, dia sangat berterima kasih atas pemberian itu selain mengharapkan ada pihak lain sudi menaja golongan berpendapatan rendah sepertinya.

"Pemberian ini amat besar bagi golongan seperti kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2016 @ 11:22 AM