FOTO Ernalisa Othman
FOTO Ernalisa Othman
Ernalisa Othman


Johor Bahru: Seribu penunggang motosikal petrol percuma sumbangan kedai emas di dua stesen minyak di Bandar Baru Uda dan Taman Cempaka, Johor Bahru, hari ini.

Memahami keadaan ekonomi yang semakin mencabar, pemilik Kedai Emas Sri Temasek yang enggan mendedahkan identitinya memberikan petrol percuma itu.

FOTO Ernalisa Othman
FOTO Ernalisa Othman

Setiap penunggang menerima petrol bernilai RM4.

"Saya terpanggil untuk melakukan perkara ini dan perasaannya sukar digambarkan. Saya rasa seronok, walaupun jumlah yang kita berikan tidak seberapa nilainya.

"Tetapi, bagi saya, cukup sekadar saya ikhlas dan gembira apabila melihat orang lain gembira. Itu kepuasan bagi saya," katanya.

Program khidmat masyarakat kedai emas itu adalah pertama kali diadakan di negeri ini bertujuan membantu meringankan beban penduduk setempat berikutan kenaikan harga runcit bahan api 15 sen yang berkuat kuasa 1 November lalu.

"Kita sentiasa membuat khidmat masyarakat, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.

"Kita cuba sumbangkan apa yang kita mampu. Kita memberikan empat liter petrol untuk seribu pengguna di Bandar Baru Uda dan juga Taman Cempaka,” katanya.

Sementara itu, bagi penunggang, Pa Ismail, 28, berkata dia tidak tahu mengenai pemberian petrol percuma itu.

Namun, katanya, dia berterima kasih kepada individu yang bermurah hati melakukan sumbangan seumpama itu.

"Saya tidak tahu pun mengenai pemberian minyak percuma ini dan tidak sangka ada individu yang berfikiran ke tahap ini. Semoga insan ini dimurah rezeki," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2016 @ 3:10 PM