MOHD Ridzuan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Solok Setulang, Bukit Rambai. FOTO Nur Saliawati Salberi
MOHD Ridzuan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Solok Setulang, Bukit Rambai. FOTO Nur Saliawati Salberi
Nur Saliawati Salberi


Melaka: Jenazah anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang maut dilanggar treler ketika operasi, Mohd Ridzuan Md Yusoff selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Solok Setulang, Bukit Rambai, 8.45 malam tadi.

Terdahulu, jenazah tiba di kediaman ibunya di Rumah Awam II pada 7.30 malam tadi, diiringi isteri dan anak perempuannya.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Al Falah, untuk disembahyangkan, sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Lebih 200 ahli keluarga, kenalan, rakan setugas dan penduduk sekitar mengiringi jenazah ke tanah perkuburan, sebelum dikebumikan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Wan Uzir Wan Sulaiman dan Pengarah JPJ Selangor Nazli Md Taib.

Berita berkaitan:

Ajal anggota JPJ

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 10:02 PM