ANDREW James Gaskell tiba di Hospital Miri, semalam selepas dijumpai oleh pasukan penyelamat. FOTO ihsan Bomba
ANDREW James Gaskell tiba di Hospital Miri, semalam selepas dijumpai oleh pasukan penyelamat. FOTO ihsan Bomba
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Tindakan pelancong warga Australia yang menggunakan laluan 'sendiri' ke Taman Negara Mulu berbanding laluan dibenarkan mengakibatkannya sesat dan terkandas.

Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Superintendan Gabriel Lisut berkata, Andrew James Gaskell, 25, dikesan menggunakan laluan yang tidak digunakan oleh pendaki lain seperti kebiasaannya.

Menurutnya, disebabkan itu, dia gagal mencari jalan pulang ketika berada di kem empat kawasan taman berkenaan.

"Polis turut dimaklumkan mangsa juga tidak mendengar taklimat pendakian secara terperinci dan gagal mematahui peraturan yang ditetapkan oleh pihak taman negara itu," katanya ketika sidang media di Lapangan Terbang Miri di sini, hari ini.

Andrew James Gaskell ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat(SAR) pada pada 12.30 tengah hari semalam selepas 11 hari terkandas di taman berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 3:22 PM