KHUZAIMI (kiri) dan Safawi  antara yang digugurkan daripada skuad Harimau Malaysia.
KHUZAIMI (kiri) dan Safawi antara yang digugurkan daripada skuad Harimau Malaysia.
Aziman Rosdi


Petaling Jaya: Jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee menggugurkan pemain paling muda Safawi Rasid daripada senarai akhir 23 pemain yang dianggap pasukan terbaik bagi mencabar kejuaraan Piala AFF 2016 Yangon, Myanmar.

Keputusan itu agak mengejutkan apabila Safawi, 19, menjadi antara tiga pemain yang digugurkan selain Mohamad Nasir Basharudin akibat kecederaan pangkal paha dan Ahmad Khuzaimi Piee, hamstring.

Safawi yang bermain di posisi sayap kiri diturunkan sebagai gantian pada babak kedua ketika Harimau Malaysia menumpaskan Papua New Guinea 2-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa kelmarin, namun aksinya gagal memikat Kim Swee.

“Saya sukar membuat keputusan untuk menggugurkan tiga pemain ini. Ketiga-tiga pemain ini masih muda dan mempunyai masa depan cerah.

“Safawi bermain di posisi kiri dan dalam pasukan ketika ini saya ada Hadin Azman, Amri Yahyah dan Syazwan Zainon. Safawi masih muda, dia boleh beraksi bersama pasukan bawah 22 tahun negara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 6:36 AM