SUZUKI SV650A
SUZUKI SV650A
EKZOS rekaan baru.
EKZOS rekaan baru.
ENJIN V Berkembar yang berkuasa.
ENJIN V Berkembar yang berkuasa.
LAMPU belakang lebih cerah.
LAMPU belakang lebih cerah.
LAMPU hadapan bulat yang klasik.
LAMPU hadapan bulat yang klasik.
SUZUKI SV650A diberi nafas baru lebih segar.
SUZUKI SV650A diberi nafas baru lebih segar.
Mohd Razlan Salleh


Mula diperkenalkan pada 1999, Suzuki SV650 menerima sambutan memberangsangkan berikutan karakternya yang menawan sama ada versi ‘faired’ atau ‘naked’.

Pada 2009, SV650 digantikan dengan model Suzuki SFV650 Gladius dengan gaya estetika yang lebih menonjol dan moden.

Kini, model berkenaan diberi nafas baru yang bersesuaian karakternya dipanggil ‘gaya abadi’ dengan enjin dan casis dinaik taraf.

Dibekalkan dengan enjin 645cc sejukan cecair baru, enjin V berkembar 90 darjah dipertingkatkan dengan 60 komponen baru yang meningkatkan empat kuasa kuda, kecekapan bahan api dan meningkatkan lagi kebolehpercayaannya.

Kerangka trellis menggunakan keluli keras dan kukuh menjadi asas kekuatannya, selain penambahan gaya lebih jelas seperti lampu bulat klasik bagi mengembalikan semula kejayaannya.

Garisan tangki turut diperkemaskan supaya kelihatan langsing manakala penampilan ekzos baru lebih segar selain bahagian belakang dilengkapi lampu LED.

Casis langsing dan ringan memberikan prestasi pengendalian yang tangkas, namun mempunyai watak tersendiri. Konsep utama Suzuki SV650A adalah keseronokan menunggang enjin V berkembar dengan pakej jentera langsing, mudah dan ringan.

Panel instrumen diberi sentuhan moden dengan kluster instrumen LCD penuh yang sama sekali menghapuskan penggunaan motor dan jarum mekanikal.

Panel berkenaan memaparkan speedometer, tachometer, odometer, kedudukan gear, suhu enjin, jarak tunggangan, penggunaan bahan api purata dan semasa, tolok bahan api dan jam.

Melengkapkan kehadiran model terbaik ini, pemilik boleh mengubah suai jentera mereka bersama aksesori tulen Suzuki.

Didatangkan dalam pilihan warna Biru Triton Metalik dan Merah Mira Mutiara, Suzuki SV650A ditawarkan pada harga RM38,800 tidak termasuk GST.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2016 @ 5:01 AM