KHALID Ali. FOTO Osman Adnan
KHALID Ali. FOTO Osman Adnan
Nor Hairulnizam Wahid


Kuala Lumpur: Pengkritik bola sepak dan bekas pemain kebangsaan Khalid Ali berpandangan kemelut dalam persatuan bola sepak negeri boleh dielak andai berjaya mengurus perbelanjaan dengan baik, termasuk membayar gaji pemain mengikut jadual dan bukannya cuba untuk mengikut rentak pasukan mampu berbelanja besar.

Justeru, tidak dinafikan pengunduran Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang dibantah Exco badan induk bola sepak negeri itu berkait rapat dengan keperluan The Red Warriors (TRW) menjana idea baru selepas gagal mengulangi kejayaan mereka pada musim 2010 hingga 2013.

Lanskap bola sepak tempatan dikuasai Johor Darul Ta’zim yang mengungguli liga tempatan sejak tiga tahun kebelakangan, mencetuskan rasa cemburu pasukan lain yang ingin membentuk pasukan mereka persis Harimau Selatan itu namun berdepan kekangan kewangan.

Khalid ketika dihubungi menyedari senario itu turut dirasai Kelantan yang pernah muncul juara Liga Super pada 2011 dan 2012, Piala Malaysia (2010 dan 2012) serta Piala FA (2012 dan 2013).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2016 @ 6:49 AM