LELAKI berkenaan menyerahkan bunga yang digunakan untuk upacara pengebumian kepada kekasihnya sambil disaksi orang ramai.  - DM
LELAKI berkenaan menyerahkan bunga yang digunakan untuk upacara pengebumian kepada kekasihnya sambil disaksi orang ramai. - DM
Agensi

Beijing: Hasrat seorang lelaki untuk melamar teman wanitanya berakhir dengan dia terpaksa menanggung malu di hadapan orang ramai selepas dia tersilap memilih bunga untuk diberikan kepada kekasihnya itu.

Kejadian berlaku di tengah bandar Chongqing di barat daya China.

Ia bermula dengan lelaki itu melutut sebelah kaki di hadapan wanita berkenaan yang dipercayai bernama ‘Min’er,’ sambil memujinya dan menyuarakan rasa cintanya.

Dia memberitahu hasratnya untuk menghabiskan seluruh hidupnya bersama wanita itu.

Keadaan sekeliling ketika itu penuh dengan orang ramai dan mereka menanti tindak balas wanita berkenaan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 November 2016 @ 5:20 AM