ANGGOTA RELA menyertai perbarisan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2016. FOTO arkib NSTP
ANGGOTA RELA menyertai perbarisan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2016. FOTO arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuching: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menempatkan pegawai dan anggotanya untuk membantu Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) mengukuhkan keselamatan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memantapkan kawalan di sempadan daripada terus dibolosi.

Menurutnya, sempadan negara yang kebanyakannya hanya ditanda dengan batu tanpa binaan fizikal menyukarkan penguatkuasaan dilaksanakan.

"Aktiviti penyeludupan dadah, senjata dan penjenayah dapat dibendung dengan kolaborasi antara RELA dan AKSEM.

"Saya akan mengarahkan Kementerian Dalam Negeri dan RELA memperhalusi cadangan ini dalam tempoh enam bulan sebelum dikemukakan kepada Kabinet untuk kelulusan," katanya dalam ucapan sempena Majlis Ramah Tamah Tahun Baru Cina bersama RELA Sarawak di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing, Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat dan Ketua Pengarah RELA Zulkifli Abidin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 6:16 PM