DOKTOR dan pembantu perubatan membantu pesakit dari Hospital Sultanah Aminah dibawa ke bilik kecemasan untuk rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN
DOKTOR dan pembantu perubatan membantu pesakit dari Hospital Sultanah Aminah dibawa ke bilik kecemasan untuk rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Sebanyak 500 bungkusan makanan dan minuman disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor untuk diagihkan kepada pesakit dan kakitangan bertugas di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md Ariff berkata tindakan segera itu susulan kejadian kebakaran di wad hospital berkenaan pagi ini.

MOHD Fadzil (dua dari kanan) mengagihkan bantuan makanan di wad Bunga Raya 1 (BR1) HSA. Mohd Sabran Md Sani
MOHD Fadzil (dua dari kanan) mengagihkan bantuan makanan di wad Bunga Raya 1 (BR1) HSA. Mohd Sabran Md Sani

Pada masa sama, pihaknya turut menggerakkan sukarelawan JKM di Johor Bahru untuk membantu misi bantuan diperlukan.

Turut membantu Bank Islam apabila menyampaikan 500 bungkusan makanan terbabit untuk diagihkan kepada kakitangan hospital yang terjejas akibat kebakaran di hospital itu.

Pengurus Besar Bank Islam Cawangan Johor, Mohd Fadzil Ajmain berkata, sumbangan itu sebagai tanggungjawab sosial (CSR) bank berkenaan dalam membantu mangsa dan pesakitdi wad hospital itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 1:55 PM