FOTO Zulfadhli Zulkifli
FOTO Zulfadhli Zulkifli
Raja Noraina Raja Rahim


MUHAMMAD Fauzan Ahmad Lutfi muncul juara kategori Lelaki Terbuka HARIAN Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix 2016 Sirkit 2 di Lukut, Port Dickson, hari ini.

Naib juara Lelaki Terbuka diduduki Muaz Abdul Rahim manakala Abdul Arif meraih tenpat ketiga.

1,400 pelumba tempatan dan luar negara menyertai perlumbaan penuh cabaran yang bermula di Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD).

HMMTB yang mendapat kerjasama Affin Bank Group sebagai penaja utama menyediakan laluan mencabar termasuk trek berbukit, cerun curam, laluan sempit sepanjang 46 kilometer.

Peserta dilepaskan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Nazlee Khalifah di perkarangan KVPD, kira-kira 8 pagi.

Turut hadir menyaksikan kejohanan adalah Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Mohamad Azlan Abdullah.

Mustapa berkata, Harian Metro berpuas hati dengan dan gembira dengan jumlah penyeraan sirkit kedua ini yang dilihat amat menggalakkan.

"Saya yakin, peserta dapat merasai kepuasan yang maksimum dengan trek yang disediakan," katanya.

Sirkit kedua ini dianggap lebih mencabar dan panjang berbanding sirkit pertama di Kulim, Kedah, Julai lalu.

Acara ini mempertaruhkan lima kategori iaitu Lelaki Junior (19 tahun ke bawah), Lelaki Terbuka (20 hingga 35 tahun), Lelaki Junior Master (36 hingga 44 tahun), Lelaki Senior Master (45 tahun ke atas) dan Terbuka Wanita.

LELAKI TERBUKA

1 Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi

2 Muaz Abdul Rahim

3 Abdul Arif

LELAKI JUNIOR MASTER

1 Mohd Zukri Tahir

2 Azizul Azli Shaari

3 Zamilan Abdullah

LELAKI SENIOR MASTER

1 Chipmart Prasert

2 Tan Chee Yong

3 Mohd Razani Husin

LELAKI JUNIOR

1 Mohd Zahin Wahhi

2 Muhammad Fakhruazam Mohd Hanifiah

3 Mohd Fikri Majimin

TERBUKA WANITA

1 Nuntana Supuksorn

2 Kamonlakhon Sarocha

3 Masziyaton Mohd Radzi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Oktober 2016 @ 2:20 PM