TAUFIK. FOTO Owee Ah Chun.
TAUFIK. FOTO Owee Ah Chun.
Syanty Octavia Amry


Meskipun filem pertama lakonannya, Dukun Doktor Dani kurang mendapat sambutan, Taufik Batisah tidak kecewa.

Penyanyi terkenal Singapura itu sebaliknya semakin bersemangat mahu mencanai bakat dalam bidang lakonan dengan harapan dirinya dapat diterima ramai.

Bakal tampil dengan filem kedua berjudul Soulmate arahan Datuk Profesor A Razak Mohaideen, kali ini Taufik bergandingan dengan Erra Fazira dan Raja Ilya.

“Saya tidak kecewa de­ngan sambutan filem Dukun Doktor Dani. Sebenarnya, saya teruja apabila mendapat kepercayaan melakonkan watak utama.

“Saya tidak ada banyak pengalaman dalam bidang lakonan dan apabila diberi peluang sudah semestinya ia satu penghargaan buat saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Oktober 2016 @ 6:36 AM