RAYA meriah dengan anak saudara.
RAYA meriah dengan anak saudara.
Syanty Octavia Amry


Baru menceburi bidang lakonan, penyanyi Taufik Batisah tidak menyangka rezekinya lebih menyerlah dalam filem.

Kini giat melakukan promosi filem pertamanya berjudul Dukun Doktor Dani yang bakal berada di pawagam Julai ini, Taufik berdebar menanti maklum balas penonton.

Malah, selepas ini dia bakal kembali lagi ke lokasi penggambaran filem berjudul Soulmate arahan Datuk Professor A Razak Mohaideen.

“Ini adalah percubaan pertama saya dalam lakonan. Selepas 10 tahun menceburi bidang nyanyian, saya cuba pula bidang lain bagi mengembangkan karier seni.

“Tidak sangka pula rezeki mendapat banyak tawaran berlakon filem. Saya anggap ini peluang untuk saya mencuba sesuatu yang berlainan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Jun 2016 @ 8:10 AM