Hadzlihady Hassan


Georgetown: Kanak-kanak perempuan parah selepas terjatuh daripada eskalator di Kompleks Bukit Jambul, di sini, petang, semalam.

Kejadian berlaku 6.30 petang ketika mangsa, 3, didukung bapanya di atas bahu sambil menaiki eskalator terbabit.

Mengikut siasatan awal, bapa kanak-kanak terbabit dikatakan menundukkan kepala menyebakan anaknya yang berada di atas bahu terjatuh dari ketinggian hampir tiga meter.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di zon merah Hospital Pulau Pinang.

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2016 @ 1:34 PM
MANGSA terjatuh dari ketinggian kira-kira tiga meter.
MANGSA terjatuh dari ketinggian kira-kira tiga meter.