PETIKAN rakaman video selepas kanak-kanak terjatuh dari eskalator.
PETIKAN rakaman video selepas kanak-kanak terjatuh dari eskalator.
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Budak perempuan jatuh dari eskalator di Kompleks Bukit Jambul, di sini, Ahad lalu menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), hari ini.

Pengarah Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Norsidah Ismail berkata, buat masa ini kanak-kanak berusia tiga tahun terbabit masih berada dalam keadaan kritikal namun menunjukkan tanda positif.

"Kanak-kanak itu kini masih diberikan rawatan dan ditempatkan Unit Rawatan Rapi Pediatrik dan kita akan memantau keadaan mangsa dari masa ke semasa," katanya.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa yang duduk di atas bahu bapanya dengan kedua-dua kaki terjuntai di depan tercampak dari eskalator di tingkat satu kompleks beli-belah terbabit.

Ketika itu, bapanya dikatakan panik kerana tunduk untuk menarik tangan anak lelaki yang tersepit namun dalam keadaan kelam kabut itu mangsa terlepas daripada pegangan dan tercampak di ke aras bawah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2016 @ 3:41 PM